Monday, August 4, 2008

Tahniah JKMN Pahang!

Tahniah kepada pasukan JKMN Pahang (jersi ijau) yang telah muncul Johan Kejohanan Futsal Antara Daerah dan Institusi JKMN Pahang 2008. Pasukan JMKN Pahang menewaskan pasukan PKMD Temerloh dengan keputusan akhir 6-4.
Tahniah sekali lagi!

Futsal JKMM Pahang 2008

Sabtu, 2 hb Ogos yang lepas telah berlangsungnya Pertandingan Futsal Antara Daerah dan Institusi JKMN Pahang 2008 anjuran Kelab Sukan & Kebajikan JKMN Pahang. Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dengan dibahagikan kepada 2 kumpulan (4 pasukan setiap kumpulan). Macam biasalah macam pertandingan2 sukan lain, suasana serupa jer. Seronok, penat, letih, sakit, enjoy....semua ada...so gua pun malas nak bebel panjang, layan jer lah pictures yang gua tepek. Adios!
Team STB (L) Jerantut. Satu2nya wakil Jerantut yang layak ke semi final. Pemain paling bahaya yang berdiri kiri sekali (jersi no. 3)...keh keh keh.

Yang atas ni team DBD Jerantut. Team ni macam kuat jer kan...tapi sayang seribu kali sayang, nampak jer kuat tapi tak kuat mana pun...serupa jer ngan PKMD Jerantut...jadi lauk...kih kih kih!

Ni team STB (L) Jerantut berposing sebelum perlawanan dengan team JKMN Pahang (baju putih). Pstt...jaga2 sikit jersi oren baju no. 3 tuh...he he...

Ni port PKMD Temerloh. Memasing tengah leka layan game...mentang2 lah dah layak...kui kui kui.

Mamat ensem belah kanan tu memang keje kat PKMD Temerloh. Ehh, mamat yang belah kiri tu bukan ke keje kat Bera? Mcmana di bleh main ngan Temerloh plak...Uiiih tak aci ni. Patut lah kuat bebeno. Kalau nak harap mamat ensem tu jer mamang tak ke mana la team Temerloh...he he he...jgn mare bang!

Yang ni plak team PKMD Kuantan. Kuat la sebab semua budak2 muda main. Team lain terpaksa guna player yang monopous mana boleh beat ngan fitness budak2 muda. Tapi team ni paling untung. Tengok manager dorang yang baju oren tuh. Proaktif & hyperaktif sungguh! Pssstt, Fiza lawa jersi korang...keh keh keh...

Woi, sapa suruh bergayut macam sarkas ni! Nak bergayut pergi zoo la wei!

Ni gambar team semi finalist ni. PKMD Kuantan vs. PKMD Temerloh. Temerloh menang game ni. Man of the match Sateri rasanya...keh keh. Trademark dia, lepas score dia pegi gosok rumput futsal. Cilakak ko Sateri.

Ah, yang ni final. Team baju hijau tu team JKMN Pahang (aik, banyak baju dorang ni...kuat sponsor! Keh keh). Team ni ke final selepas mengalahkan team STB (L) masa semi final.

Yang baju putih ni la team PKMD Temerloh tadi. Macam kuat gak team ni kan. Resultnya? Baca topik baru kat atas. Sekian dan terima kasih untuk semua. Lain kali kita buat lagi yer!