Thursday, February 28, 2008

My New Toyz!

Semalam aku turun KL nak cari kamera digital. Target aku Panasonic Lumix FZ8. Harga kat kedai area Bukit Bintang around RM 1400 - RM 1500. Mahal siut! Nasib baik aku dah survey awal2 tempat yang jual menatang ni murah sikit.

Sampai jer KL pagi semalam aku terus ambik komuter gi MidValley Megamall. Tempat sasaran : Harvey Norman. Sampai jer aku terus carik location kedai Harvey Norman ni. Ada la dalam 15 minit aku pusing MidValley tuh baru la aku jumpa kedai ni (itu pun lepas aku tanya kat information center, he he he).

Sampai jer kat Harvey Norman tu terus aku suruh tokeh tu bungkus kamera tu. Sebab dia suka hati sebijik kamera dia terjual pagi tu, dengan senang hati dia cakap : 'Boss, you angkat ni beg. Free gift gua kasi sama you'....he he he...Panasonic backpack dia bagi kat aku...mmm, boleh tahan la juga (lagipun benda free keh keh). Thanx tokeh!

Sekarang aku tengah sibuk 'main' dengan toys aku nih...he he he...Jangan kacau!

Tuesday, February 19, 2008

Api! Api! Api! @ Jerantut (Part 2)








Api! Api Api! @ Jerantut (Part 1)


















Lokasi : Bandar Jerantut

Tarikh : 18 Februari 2008

Masa : Tengah Malam

Punca : Tak Tau...(Tanya Bomba)

Monday, February 18, 2008

FAM oh FAM!


Sekali lagi kesilapan FAM ditelanjangkan. Semua ni aku rasa berpunca daripada website FAM yang sudah berapa lama masih under construction. So, ESPN pun cari la logo guna search engine dan terjumpalah logo di atas....he he he...berita lanjut di bawah :

KUALA LUMPUR - Gara-gara prestasi merudum skuad bola sepak negara, kewibawaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus dipersendakan.

Terbaru, logo FAM telah diubah suai ke nama 'Persatuan Kenasepak Malaysia' dengan gambar harimaunya seperti sedang tidur sambil kaki belakang sebelah kirinya berbalut cedera.

Lebih memalukan, logo itu telah digunakan oleh saluran sukan ESPN menerusi program secara langsung Sportscenter Asia Rabu lalu sambil tertera nama Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang sedang ditemubual menerusi telefon ketika itu.

Penggunaan logo yang tidak tepat itu bukan sahaja memalukan FAM malah ESPN juga yang ternyata tidak peka kerana menggunakan logo yang diambil melalui internet secara membabi-buta tanpa memeriksanya dengan teliti.

Dalam hal ini, bukan hanya ESPN sahaja perlu dipersalahkan malah FAM turut sama perlu bertanggung jawab ekoran laman sesawang badan induk bola sepak negara itu sendiri juga tidak berfungsi dengan baik sejak sekian lama.

Kemungkinan akibat laman sesawang FAM yang sedang dalam penstrukturan semula itu menyebabkan ESPN mencari alternatif lain untuk mencari logo berkenaan.

Menerusi carian Internet Google dengan menaip 'fam logo', satu laman sesawang dapat dicapai yang memaparkan logo yang digunakan ESPN itu.Laman sesawang itu turut memberitahu logo berkenaan adalah 'logo baru FAM'.

Seorang pembaca turut menghantar sekeping gambar menerusi e-mel kepada Utusan Malaysia kelmarin yang dirakamkan di peti televisyennya ketika siaran itu berlangsung dan menyifatkan ia amat memalukan.

Sementara itu, Azzuddin ketika dihubungi berkata, pejabat ESPN Singapura telah memohon di atas kesilapan menyiarkan logo berkenaan.

"ESPN telah memohon maaf berulang kali secara langsung di televisyen pada malam itu kerana tersilap menyiarkan logo FAM."Namun, saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai logo FAM yang dipersendakan selagi belum melihatnya,'' katanya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, laman sesawang baru FAM akan dilancarkan semula pada 1 Mac ini.Ditanya mengapa FAM mengambil masa untuk menyiapkan laman sesawang baru, Azzudin berkata: "FAM mengambil masa untuk menyiap dan mengemas kini maklumat terkini kerana tidak mahu kesilapan dan kelemahan yang berlaku dahulu terus berulang,'' jelasnya.

Friday, February 15, 2008

Aku & FAM!



Jangan terpengaruh dengan tajuk. Bukan aku ada kaitan pun dengan FAM tuh...cumanya aku ada lesen kejurulatihan kelas rendah (kelas kambing he he he) yang dikeluarkan secara rasmi oleh FAM....siap Dato' Seri Ibrahim Saad sign tuh....

5 hari aku attend training untuk dapat sijil nih. Bukan aku nak jadik coach sangat pun, just mau tambah pengetahuan aku dalam dunia bolasepak....Kalau aku nak jadik coach pun aku tak nak bawak team2 kat Malaysia ni, aku nak bawak team Liverpool terus....keh keh keh...

You'll never walk alone!

Kekasih Hatiku!



Semalam sempena hari kasih sayang (kah kah kah), kekasih hatiku yang kat atas tuh merengek nak kek coklat....lepas keje terus gi kedai kek angkat sebijik...last2 aku yang makan lebih2, sodap siut!


Kah kah kah!

Pilihanraya Umum 2008




Nah, tarikh2 (& fakta) yang pemegang kad pengenalan Malaysia kena ingat dalam kepala hotak :

Hari mengundi
8 Mac (Sabtu)

Penamaan calon
24 Februari (Ahad)

Tempoh berkempen
13 hari

Jumlah pemilih berdaftar
10,922,139

Pemilih awam
10,701,054

Pemilih pos
221,085

Jumlah parti politik berdaftar
30

Jumlah kerusi Parlimen
222

Jumlah kerusi DUN
505

Abadikan nama korang!



Korang nak abadikan tak nama korang seperti mana di atas? He he he...korang nak buat sample batu nisan korang pun boleh he he he....
Klik sini :
http://www.streetsigngenerator.com/

Aku gila nombor!



Aku rasa aku ada kegilaan baru nih....macamana nak cakap yer....aku gila nombor! Oit, bukan gila nombor ekor...uishhh haram tuh! Aku gila ambik gambar nombor plet kereta sebenarnya....

He he he...kadang2 aku pelik gak. Ada jugak manusia yang sanggup berabis RM ratusan riban just untuk beli nombor plet kereta! Ntah la, lantak korang la. Duit korang, gasak korang nak buat apa pun....Tiga gambar kat atas tu aku ambik area Pahang ni....yang memula tu CBL 1717 tuh korang tau sapa punya? Tu nombor Zainal Abidin Hassan punya (coach bola Pahang), yang DS 4000 tuh budak keje Pejabat Daerah sini, yang last tu CBQ 555 ntah sapa punya...he he he...Aku nak carik lagi lepas nih! Keh keh keh...

Banjir Jerantut 2007




Masa banjir besar ujung tahun ari tu memang bikin sibuk betul lah....Mau dua tiga minggu jugak aku takde rehat, sabtu ahad pun aku balun semacam kerja. Berkhidmat Untuk Negara, beb! He he he...

Aku ada buat satu blog untuk letak gambar2 masa banjir & masa aku hantar bekalan naik heli Nuri. Perghh, tak sangka aku dah naik Nuri. Macam2 la orang cerita kat aku sebelum aku naik tuh. Sampai ada yang mengucap kat telinga & suruh aku tulis wasiat. Siut betul! Tapi terus terang aku tak rasa takut apa pun masa naik tu walaupun ada antara penerbangan yang aku naik tu dlm hujan yang cukup lebat melintasi tengah2 hutan tebal negeri Pahang ni.

Maybe rasa excited aku dpt naik Nuri tuh yang hilangkan rasa takut tuh. Semua sekali flying hours @ jam penerbangan aku naik Nuri sepanjang banjir ada la lebih 10 jam. Tapi memang syok gua cakap lu! Kalau korang dpt peluang naik, jangan lepaskan....bila lagi nak naik 'keranda terbang'...he he he. Aku dah naik Nuri beb!

p/s - credit to : Mejar Hana, Kapt. Murthy, Sarjan Hafiz & all Nuri Crew, thank you very much guys!

Nak tengok lebih korang klik kat url nih : http://www.banjirjerantut.blogspot.com/

Gua kembali.....!

He he he....sudah lama aku tak menulis (actually menaip he he he) dalam ini blog. Well, tidak dinafikan lepas jer banjir bulan 12 dulu, aku ambik alih pulak tugas Pegawai Akhlak (walaupun aku kurang berakhlak keh keh keh) handle kes2 juvenil. Sibuk la jugak (ke buat2 sibuk?) so masa nak menulis kat sini pun kurang la sikit....

But now ada la masa senggang, so boleh la aku menulis balik. Yearghhhhh!!!!!

PEACE!