Monday, February 18, 2008

FAM oh FAM!


Sekali lagi kesilapan FAM ditelanjangkan. Semua ni aku rasa berpunca daripada website FAM yang sudah berapa lama masih under construction. So, ESPN pun cari la logo guna search engine dan terjumpalah logo di atas....he he he...berita lanjut di bawah :

KUALA LUMPUR - Gara-gara prestasi merudum skuad bola sepak negara, kewibawaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus dipersendakan.

Terbaru, logo FAM telah diubah suai ke nama 'Persatuan Kenasepak Malaysia' dengan gambar harimaunya seperti sedang tidur sambil kaki belakang sebelah kirinya berbalut cedera.

Lebih memalukan, logo itu telah digunakan oleh saluran sukan ESPN menerusi program secara langsung Sportscenter Asia Rabu lalu sambil tertera nama Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang sedang ditemubual menerusi telefon ketika itu.

Penggunaan logo yang tidak tepat itu bukan sahaja memalukan FAM malah ESPN juga yang ternyata tidak peka kerana menggunakan logo yang diambil melalui internet secara membabi-buta tanpa memeriksanya dengan teliti.

Dalam hal ini, bukan hanya ESPN sahaja perlu dipersalahkan malah FAM turut sama perlu bertanggung jawab ekoran laman sesawang badan induk bola sepak negara itu sendiri juga tidak berfungsi dengan baik sejak sekian lama.

Kemungkinan akibat laman sesawang FAM yang sedang dalam penstrukturan semula itu menyebabkan ESPN mencari alternatif lain untuk mencari logo berkenaan.

Menerusi carian Internet Google dengan menaip 'fam logo', satu laman sesawang dapat dicapai yang memaparkan logo yang digunakan ESPN itu.Laman sesawang itu turut memberitahu logo berkenaan adalah 'logo baru FAM'.

Seorang pembaca turut menghantar sekeping gambar menerusi e-mel kepada Utusan Malaysia kelmarin yang dirakamkan di peti televisyennya ketika siaran itu berlangsung dan menyifatkan ia amat memalukan.

Sementara itu, Azzuddin ketika dihubungi berkata, pejabat ESPN Singapura telah memohon di atas kesilapan menyiarkan logo berkenaan.

"ESPN telah memohon maaf berulang kali secara langsung di televisyen pada malam itu kerana tersilap menyiarkan logo FAM."Namun, saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai logo FAM yang dipersendakan selagi belum melihatnya,'' katanya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, laman sesawang baru FAM akan dilancarkan semula pada 1 Mac ini.Ditanya mengapa FAM mengambil masa untuk menyiapkan laman sesawang baru, Azzudin berkata: "FAM mengambil masa untuk menyiap dan mengemas kini maklumat terkini kerana tidak mahu kesilapan dan kelemahan yang berlaku dahulu terus berulang,'' jelasnya.

1 comment:

budaini said...

kah kah kah......
sabah boleh....