Monday, March 24, 2008

BMW Sauber Rocks!!! But my Liverpool lost...ARGHHH!!!!

Semalam bole kata sibuk gak lar....siang layan F1, malam plak layan EPL...mixed feeling beb!

Happy sungguh siang tu sebab team faveret aku, BMW Sauber naik podium no 2. Perghhh leh tahan jugak BMW Sauber this season. The best starting ever lah...Harap2 next GP dapat podium finish lagi, tambah2 best kalau dapat no 1 sebab yang ni jer BMW Sauber tak capai lagi.

Tapi rupa2nya kebahagiaan dan keceriaan itu tidak sampai ke malam. Ribut petir, guruh, hujan lebat, puting beliung melanda gara2 tumbangnya kelab paling aku sayang, Liverpool di tangan (errr..di kaki?) team paling aku benci, Man. Utd. Hapa punya ref.! Selamba jer dia hayun kad merah kat Mascherano. Si baju hitam ni betul2 spoil the game la. Game tu tengah sedap walaupun masa tu Man U tengah leading.

Btw, Man U....last nite u win, but we will see u in Europe!

Arghhhhh!!!!!

AF6? SUCKSSSS!!!!


Malam minggu ari tu tengok la AF sebab takde rancangan tv lain yang best. Layan la jugak....Komen aku? Kah kah kah....SUCKS! Apa ke bangang jadinya AF kali ni. Dengan nenek yang menari tak tentu hala (suara...mmm boleh la), dengan kakak Siti yang nyanyi ke laut tapi pengkritik bole bagi soft comment jer (mmm jaga hati Siti kerr???), dengan budak2 lain yang nyanyi macam dalam karaoke jamban jer, masa nak bagitau sapa terkeluar pun tunggang langgang. Semua kezutan dari awal sampai ending semua dah bole dibaca kah kah kah. Kesimpulannya : Apa punya konsert daaaa!!!???

Satu lagi, korang rasa AC tu menjadi ker semalam. Bagi aku dia FAILED. Lawak ntah apa2. Menyampuk tak kena tempat. Nak bagi happening tapi tak menjadik...Adoi! Ko kena banyak buat homework lagi lah AC...

Buat masa ni kalau ada rancangan lain yang best main sewaktu yang sama dengan AF ni baiklah aku tengok rancangan tu daripada buang masa aku tengok AF6 nih! SUCKS!!!

Friday, March 14, 2008

Api! Api! Api! Api lagi daaaa...

Lokasi Kejadian : Pejabat Kesihatan Jerantut

Tarikh : 11 Mac 2007

Hari : Selasa

Masa : Lebih kurang 7.00 PM

Punca : Lu tanya bomba la bro... :)-

Wednesday, March 5, 2008

Futsal! Futsal! Futsal!

Pic 1 : Kasut futsal aku yang mula2 skali....tak ingat la beli kat mana...kalau tak silap kat al-ikhsan KL...

Pic 2 : Kasut futsal aku yang kedua. Nike Tiempo Guri (Ronaldinho @ 10R). Beli kat Kuantan. Condition masih cantek...

Pic 3.

Pic 4.

Pic 5.
Pic 3, 4 & 5 : Kasut futsal aku yang paling baru. Nike Mercurial Vapor IV. Beli kat Al-Ikhsan Temerloh. Alaaa kasut ni yang macam C. Ronaldo pakai tuh...he he he...terasa (@ perasan) macam Ronaldo la aku lepas nih...he he..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku memang gila main futsal. Kalau tak main dalam seminggu tu kaki rasa macam tak berapa nak betul jer...So gambar2 kat atas adalah evolusi (betul ke perkataan aku guna ni?) kasut2 yang aku guna sepanjang aku berkecimpung dalam arena futsal nih...he he he...Errr nak bagitau sikit, aku cuma trust satu brand jer : NIKE...tak tau nape, bab2 kasut nih aku tak berapa minat pakai brand lain...bukan nak berlagak tapi yang paling penting bagi aku ialah kualiti dan ketahanan selain daripada kecantikan satu2 barangan itu. Tu pasal la aku minat kat NIKE ni, memang kena la ngan taste aku....layan....!

Aku Mau Donut!



Arghhhh! Kenapa la kat sini takde outlet jual donut. Macam Dunkin Donuts ke, JCo Donut ke. Dah la aku ni kaki donut, lama tak rasa macam gian wooo...Please lah someone yang banyak duit tuh, bukak la satu outlet donut kat sini...arghhhhh aku giannnnnnn!!!!!

Tuesday, March 4, 2008

Mengundi....Oh! Mengundi....

Hari ni aku pegi lah kat Pejabat Daerah nak mengundi pos lah kononnya (Dah semua orang sibuk2 pegi mengundi pos...aku pun buat sibuk sekali la). Sampai kat bilik mesyuarat tu mamat polis tu cakap "duduk dulu encik, tunggu turn yer"....Dalam lima minit menunggu mamat polis tu panggil. Dengan muka gaban aku masuk la jumpa awek yang bertugas kat meja check nama pengundi. Lebih kurang begini la perbualan kami :

Aku : Err saya nak mengundi.

Dia : Undi pos yer?

Aku : Abis tu aku datang sini nak shopping ke???(Dalam hati he he he) A'ah..

Dia : Mengundi kat mana?

Aku : Kat Sabah.

Dia : Sabah? Kalau pengundi Sabah, SPR dah hantar kertas undi guna pos ke alamat dalam borang hari tu.

Aku : Err ye ker? Tak dapat pun lagi.

Dia : Ada dah tu...dia hantar pakai pos.

Aku : Err okey lah...mekasih yer.

Aku pun keluar dari tempat ngundi tu turun ke pejabat dengan muka toya...tak paham aku macam ni. Dah la aku tak pernah mengundi, dia buat aku pening mcm ni pulak. Kalau kertas undi tu di hantar pakai pos kat aku, kenapa tak sampai lagi? Kalau dah sampai nanti, bila aku nak poskan balik? Kos nak pos tu sapa bayar? Mmmm poning, poning....macam2 lah ko ni SPR, aku nak mengundi pun sikit punya susah!

Monday, March 3, 2008

My New Toyz! (Part. 2)






Just wanna say goodbye to my BenQ camera...and a warm welcome to my new FZ8....he he he (just wanna share the pic. here)