Tuesday, March 4, 2008

Mengundi....Oh! Mengundi....

Hari ni aku pegi lah kat Pejabat Daerah nak mengundi pos lah kononnya (Dah semua orang sibuk2 pegi mengundi pos...aku pun buat sibuk sekali la). Sampai kat bilik mesyuarat tu mamat polis tu cakap "duduk dulu encik, tunggu turn yer"....Dalam lima minit menunggu mamat polis tu panggil. Dengan muka gaban aku masuk la jumpa awek yang bertugas kat meja check nama pengundi. Lebih kurang begini la perbualan kami :

Aku : Err saya nak mengundi.

Dia : Undi pos yer?

Aku : Abis tu aku datang sini nak shopping ke???(Dalam hati he he he) A'ah..

Dia : Mengundi kat mana?

Aku : Kat Sabah.

Dia : Sabah? Kalau pengundi Sabah, SPR dah hantar kertas undi guna pos ke alamat dalam borang hari tu.

Aku : Err ye ker? Tak dapat pun lagi.

Dia : Ada dah tu...dia hantar pakai pos.

Aku : Err okey lah...mekasih yer.

Aku pun keluar dari tempat ngundi tu turun ke pejabat dengan muka toya...tak paham aku macam ni. Dah la aku tak pernah mengundi, dia buat aku pening mcm ni pulak. Kalau kertas undi tu di hantar pakai pos kat aku, kenapa tak sampai lagi? Kalau dah sampai nanti, bila aku nak poskan balik? Kos nak pos tu sapa bayar? Mmmm poning, poning....macam2 lah ko ni SPR, aku nak mengundi pun sikit punya susah!

No comments: