Friday, May 16, 2008

Liga Jerantut @ FA Cup 2008

Semalam berlangsungnya pertandingan akhir Piala FA Jerantut 2008. Gua tak tau pun semalam tuh final sampailah orang disekitar gua borak2 pasal final tuh. Gua pun bukannya nak turun sangat tengok tapi memandangkan final tu melibatkan pasukan yang ada kena mengena dengan gua punya jabatan maka dengan sedikit kegagahan dan hati sedikit berkobar pun gua turunlah ke Padang FA Jerantut untuk menyaksikan perlawanan berkenaan. Dengan bersenjatakan gajet Panasonic Lumix ala-ala SLR dengan kekuatan hampir2 lapan megapiksel ditambah keampuhan zoomnya sebanyak doblas kali, gua pun mengambil port di hujung padang yang tak berapa crowded. Lupa plak gua mau bagitau yang perlawanan akhir semalam adalah antara Desa Bina Diri (DBD) bertemu X-Oren. Kehadiran penonton dijangkakan lebih kurang 15, 578 orang namun kejadian gempa bumi di China dan ribut di Myanmar menyebabkan 15, 000 daripada mereka gagal menghadirkan diri jadi yang tinggal untuk menonton adalah lebih kurang 578 orang. Gua sampai tu lebih kurang pukul 5.30 pm. Masa tu pun dah half-time. Gua pun tanya lah pakcik tak berapa hensem sebelah gua result semasa. Pakcik tu kata 1-0. "Sapa dapat 1 pakcik?", "ntah, pakcik pun baru sampai"...Adoi! Maka gua pun panjangkan telinga gua ke sekeliling padang dan last2 gua dapat tau jugak yang leading masa tu adalah X-Oren.

Pritttt! Referee meniup kembali wisel yang dah penuh dengan air liurnya itu sebagai tanda 2nd half akan bermula. Perlawanan kemudiannya bersambung dengan aksi serang balas antara kedua-dua team. Masing2 ada peluang nak score tapi memandangkan dua-dua team tak cukup budget nak beli striker sharp shooter macam Torres maka peluang-peluang jaringan tu terbiar lah begitu sahaja.
Adoi! Nak terkentut lah pulak!
Ref : Woi! Umur dah tua pun tak reti nak ikat tali kasut ke?
Keeper : Aku bukan ikat tali kasut, aku sakit kaki la bodo!
Perlawanan berterusan dengan tempo permainan sederhana. Sampailah satu ketika DBD melancarkan serangan ala-ala Amerika nak membedil Iraq, tanpa dijangka dalam keadaan 50-50 si pengadil yang tak berapa nak ada rambutnya itu meniup kembali wiselnya sambil menunjukkan tangannya ke arah penalty spot. PENALTI! Bantahan daripada pemain X-Oren terhadap keputusan itu tidak dilayan oleh si botak. Dengan degilnya si botak kekal dengan keputusan untuk memberikan tendangan penalti berkenaan.
Ref : Dah aku kata penalti tu penaltilah, tak yah nak melawan!
Baju biru : Hek eleh...poyo plak ref ni...aku sekeh kepala tu kang!
Ref : Aku bagi penalti, bukan suruh ko berak kat sini bengong!
Baju ijau : Aku bukan nak berak la, aku nak kentut jer...
Keeper : Eiii si botak ni....tunggu ko kat luar nanti.
Player baju ijau : Kiri ke kanan? Kiri ke kanan?
Penonton baju putih : Kalau tak gol ni tak tau lah...
Player baju ijau : Ahhh sepak jer lah...!
Penonton baju biru : Eleh...kalau aku sepak tu pun gol.
Penonton baju putih : Cakap boleh lah, masuk kalo berani!
Sepakan penalti diambil dengan gaya macho oleh sorang pemain DBD yang tidaklah gua kenali sapa. Dengan gaya Cristiano Ronaldo, si penyepak berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik dan diberi ucapan tahniah oleh rakan seperjuangannya. Kembang setaman si penyepak tadi umpama kembangnya YB-YB yang menang election hari tu...So result terkini : DBD 1 - 1 X-Oren. Kalau gol itu menjadi pembakar semangat untuk team DBD menambah jaringan, rupanya pandangan gua silap. Dua peluang terbuka di depan gawang lawan selepas itu gagal disempurnakan sebaliknya team X-Oren pulak yang berjaya menghukum team DBD dengan dua jaringan selepas itu yang membawa kepada keputusan DBD 1 - 3 X-Oren. Lepas jer X-Oren tu score gol ketiga, gua pun masukkan gajet gua dalam beg dan chow keluar dari padang. Keputusan akhirnya tak pasti samada kekal ataupun ada pertambahan gol. Memandangkan gua balik awal sebelum game tamat, gua anggap jer lah game tu berakhir dengan keputusan X-Oren menang 3-1. Mengecewakan lah jugak sebab daripada pemerhatian gua yang turut dipersetujui oleh Shebby Singh ramai penonton hari ni memberikan sokongan kepada team DBD tapi apa kan daya bak kata Dr. Fadzillah Kamsah, kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. Dengan berakhirnya ayat ini, maka tamatlah siaran lintas langsung yang dibawakan khas oleh TV tiga suku ini. Saya bersama penyampai-penyampai lain termasuklah Hasbullah Awang, Hj. Zainal Abidin Rawop dan yang lain-lainnya mengucapkan selamat malam dan jumpa lagi di siaran-siaran lain. Babai!
Woi! Baliklah....korang tunggu apa lagi tuh! Main bola ni mana ada makan pree! Keh keh keh!

2 comments:

Anonymous said...

fuyoooo...best aaaa quril.... cam real jerk aku baca....
aku nak komen gambo kau nie....
hijau dah cantik... tapi tak cukup zooming.... kaun kene cari xtense lagik nie..... baru boleh close up.... sekurang2nya... boleh nampak air liur pak refreee ker... kembung pipi pak cik botak tiup wisel ker... he he

pie14 said...

xorren fc terbaik satu masa dulu