Wednesday, July 9, 2008

Al-Fatihah untuk arwah nenek....

Salam...
Mmmm selepas hampir 2 bulan barulah ada kekuatan untuk aku berkongsi cerita pemergian arwah nenek ku ke rahmatullah.
Aku mulakan kisah dengan memperkenalkan watak. (Lokasi kisah ini adalah di Tawau, Sabah)
Ku mulakan dengan nenek. Nenek yg ingin ku ceritakan di sini adalh nenek sebelah ibuku. Nenek sebelum ini ada mengidap masalah darah tinggi sejak bertahun-tahun lalu tapi bukanlah pada tahap kritikal. Penyakit nenek adalah dalam keadaan terkawal ditambah dengan pemeriksaan hospital yang dia tak pernah miss. Namun nenek ada beberapa kali dimasukkan ke hospital sebelum ni bagi pemeriksaan lanjutan.
Aku. Cucu kesayangan nenek. Aku membesar dibawah jagaan nenek, semasa kecil neneklah yg banyak membesarkan aku, aku tidur bersama nenek, makan bersama nenek dan aktiviti harianku memang bersama nenek. Ayahku sudah tiada sejak aku kecil lagi manakala ibu lebih banyak meluangkan masa dengan perniagaan jahitan menjadikan aku teramat rapat dengan nenek dan juga atukku. Hubunganku dengan nenek mula berjauhan ketika aku menuntut di UiTM dan seterusnya aku memperoleh pekerjaan di Semenanjung ni.
19.05.2008 :
Petang. Ibu menelefonku menyatakan nenek dimasukkan ke hospital. Aku masih tidak merasa apa2 kerana kusangkakan sakit nenek biasa2 shj spt seblum ini.
Mlm. Terima sms ibu yg menyatakan keadaan nenek di hospital agak teruk dan anak2nya (4 orang) yang bekerja di daerah2 lain di Sabah ni sudah pulang.
20.05.2008 :
Pagi. Terima sms dari ibu : 'Baliklah jumpa nenek scepat mungkin'. Aku dah jadi tak tentu hala dah. Kerja pulak bertimbun. Ah...persetankan. Aku mesti balik.
21.05.2008 :
Aku booking tiket AirAsia. Tiket terawal yg mampu kuperolehi adalah pada 23.05.2008. Mujur dapat juga tiket tu memandangkan pada masa tu cuti sekolah nak bermula.
2 hari sementara menunggu tarikh pulang tu memang fikiranku berkecamuk. Sekejap2 aku call ibuku bertanya keadaan nenek, sekejap2 aku call tanya. Nenek pulak mengikut kata ibu kadang2 stabil, kadang2 kritikal. Dua hari itu doaku cuma satu: 'Walau apa pun terjadi, Kau izinkan lah aku menatap wajah nenekku ketika dia masih bernyawa'.
22.05.2008 :
Ibu memaklumkan nenek dipindahkan wad kerana keadaannya makin teruk. Nenek sudah tak mampu membuka mata. Hanya tangan yang mampu digerakkan. 'Ya Allah, Kau berikanlah aku sedikit lagi masa untuk kubertemu nenekku dalam keadaannya masih bernafas Ya Allah'....
23.05.2008 :
Pagi. Aku mengambil bas ekspress pertama dari Jerantut ni untuk ke KL Sentral. Tghari baru sampai KL Sentral. Makan2 dulu, solat, buat apa2 yg patut sbb flight aku lambat lagi 6.30 ptg.
3.00 ptg baru aku ambik bas utk ke LCCT.
5.30 ptg aku check-in, tepat 6.30 ptg flight berlepas ke Tawau.
9.00 mlm. Aku jejakkan kaki ke Tawau. Tunggu dlm setengah jam barulah bapa saudara dan atukku tiba untuk mengambilku. Wajah2 sugul terpapar di wajah mereka dan aku terus dibawa ke hospital dimana nenek berada.
10.00 mlm. Tiba di hospital. Berdebar2 rasa nak membuka pintu wad. Dari jauh kulihat ibu berada di sisi nenek. Kusalam ibuku dan kuambil tangan nenek, kucium dan kupegang. Mengikut kata ibu, nenek sudah tidak membuka mata sejak dipindahkan wad. Sambil membisikkan ke telinga nenek memberitahu yang aku pulang untuk melihatnya, aku tak mampu menahan tangisan. Syahdu pada ketika itu bertambah apabila ahli keluarga yang masuk juga menangis menyaksikan keadaanku. Aku dimaklumkan keadaan nenek adalah dalam situasi antara sedar dan tidak sedar. Namun aku bersyukur sebab ketika aku membisikkan ke telinganya bahawa aku pulang menjenguknya, jelas nenek menganggukkan sedikit kepalanya. Itu cukup bagiku....
12.00 tghmalam. Ibu menyuruhku balik dan tidur di rumah. Berat rasa hati nak meninggalkan nenek tapi tubuhku juga tidak mampu menahan kepenatan seharian dalam perjalanan. Ku bisikkan ke telinga nenek bahawa aku mahu pulang dan kugenggam erat jari jemarinya. Nenek mengangguk lagi namun dapat kurasa nenek menggenggam jariku dengan agak kuat seolah enggan melepaskan ku pulang. Aku pulang ke rumah dan sebelum melelapkan mata aku menyatakan rasa syukur kerana Allah memakbulkan doaku untuk bertemu nenek dalam keadaannya masih bernafas.
24.05.2008 :
Awal pagi lagi aku ke hospital. Nenek masih tiada perubahan. Doktor yg menjaga nenek kemudiannya memanggil kami untuk berbincang. Doktor memaklumkan bahawa mereka sudah tidak mampu untuk berbuat apa2 kena nenek tidak menunjukkan apa2 perubahan malah tubuhnya juga sudah menolak ubat yang dimasukkan melalui tiub. Keputusan diambil untuk membawa pulang sahaja nenek ke rumah. Jauh disudut hati kecilku menyatakan bahawa nenek sudah tiba di akhir hayatnya. Sepanjang perjalanan ke rumah aku memangku nenek. Sambil tanpa henti mengucapkan 2 kalimah syahadah di telinganya, air mataku turut mengalir laju. Malam itu nenek tidur kembali di rumah setelah beberapa hari di wad....
25.05.2008 :
Pagi. Ada sedikit perubahan pada nenek. Jika sebelum ini nenek hanya mampu menggerakkan tangan, pagi ini nampak nenek sudah mampu menggerakkan sedikit kakinya. Namun mata nenek masih terutup seperti hari-hari sebelumnya.
Petang. Aku menghantar adikku ke airport kerana keesokan paginya dia akan menghadiri temuduga akauntan di Kota Kinabalu. Berkeras sebelum itu dia enggan pergi kerana mahu berada di sisi nenek tapi atas desakan ahli keluarga dia mengalah juga. Sesampainya di airport kami terus ke pusat jualan tiket. Mengejutkan, tiket untuk ke Kota Kinabalu untuk hari itu, esok dan lusa dah penuh baik MAS mahupun AirAsia! Tak pernah sebelum ni aku alami perkara sebegini. Duduk seketika di airport sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
Lebih kurang 4 ptg dalam perjalanan pulang ke rumah. Telefon bimbit berbunyi dan kedengaran suara ibu berkata perlahan : "Nenek dah tiada...."Sesampainya dirumah setengah jam kemudian kenderaan saudara mara sudah memenuhi perkarangan rumah. Adik berkejar masuk dan aku melangkah longlai ke sisi jenazah nenek.....
Mungkin ketiadaan penerbangan untuk adikku itu satu petanda nenek mahu kami semua ada di rumah di saat2 akhirnya. Pemergian nenek ketika aku dan adikku (2 cucu terapat dengannya) tiada di sisinya (kami berada di airport ketika itu) menyedihkanku. Mungkin nenek tidak mahu kami berdua berada di rumah bersedih ketika melihat nyawanya diambil....
Oleh kerana hari sudah lewat, kami mengambil keputusan mengebumikan nenek keesokan pagi.
26.05.2008 :
Segala2nya berjalan amat lancar. Tidak putus2 saudara mara mengunjungi jenazah. Tidak menghairankan kerana semasa hayatnya nenek seorang yang amat rapat dengan saudara mara. Jika ada kenduri kendara, neneklah orang terawal yang tiba untuk membantu. Pemergiannya memang dirasai semua...
Tengahari. Jenazah nenek selamat dikebumikan. Berat rasa hati meninggalkan kubur nenek. Ketika ahli keluarga lain beransur pulang dari tanah perkuburan aku masih duduk berseorangan di kubur nenek. Ku mohon kemaafan di atas semua perbuatanku. Kumohon dihalalkan segala makan dan minumku. Kudoakan nenek diampunkan segala dosanya. Kudoakan nenek ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.....Al-Fatihah.
-------------------------------------------------------------
Selepas pemergian nenek, ibu ada bercerita yang nenek ada meminta ibu menjahitkan baju kurung baru untuk dipakai pada 25.05.2008 (hari nenek meninggal) kerana pada tarikh itu ada ahli keluarga kami mengadakan majlis perkahwinan. Ibu tidaklah memperdulikan sangat permintaan nenek kerana di almari nenek masih banyak lagi baju kurung baru yang belum dipakainya. Mungkinkah 'baju kurung baru' yang dimaksudkan nenek itu adalah kain putih yang dipakaikan kepadanya dihari kematiannya....?
Nenek juga ada berpesan kepada ibu (sebelum dihantar ke hospital) sekiranya apa2 berlaku biarlah dia berada dirumah. Seolah menyatakan biarlah dia menghembuskan nafas terakhirnya di rumah. Alhamdulillah, hajatnya tercapai....
Dan ibu ada memberitahu, semasa nenek di hospital ketika mata nenek masih celik nenek cukup berselera memakan buah epal yang diberikan hospital malah meminta ibu membelikan pula buah tersebut dari luar. Mungkin benarlah kata sesetangah orang yg menyatakan orang yg akan meninggal dunia cukup berselera memakan buah2an agar mudah jenazahnya dibersihkan kemudian.
Pegangan tangan nenek yang erat terhadapku semasa di hospital masih kuingati. Mungkin itu juga satu petanda nenek mahu aku berada disisinya kerana masa untuk kami bersama sudah semakin singkat....Dan satu lagi yang aku ingat ketika aku pulang bercuti hari raya pada tahun lepas ketika di airport untuk kembali semula ke semenanjung, semasa bersalam dengan nenek dia berkata 'Kau ni kerja jauh sangat...esok-esok nenek meninggal ntah sempat ntah tidak kau tengok nenek...' Isk isk isk.....alhamdulillah, aku sempat nek.....
Untuk nenek yang kusayangi, ampunkan segala kesalahan dan juga kenakalanku semasa kau membesarkanku. Kenangan bersamamu segar dalam kotak fikiran.
Satu2nya nenekku yang telah pergi mengadap Ilahi....Al-Fatihah untukmu....

2 comments:

Anonymous said...

takziah untuk kau quril... hu hu hu sebak gak eek baca citer kau nie... ngalahkan citer sinetron jer...... takper... lah arwah dah pun pergi... kiter yg didunia nie ler yg kene ingat kat dia selalu...

Anonymous said...

takziah ya quril.