Thursday, November 15, 2007

Selamat Bertugas Di Tempat Baru!

Ni berita hangat kat Jabatan aku sekarang ni...pasal naik pangkat. Ni melibatkan gred jawatan S27 ke S32...Yang orang2 lama la ni...Bos aku pun tak lama dapat jugak kot.

Setakat ni yang dah dapat surat 3 orang.

Mr. RN (best sebut nama dia ni..RN...he he he) dapat bertukar ke ibu pejabat negeri. Pada aku dah lama dah dia ni patut ke sana. Dari zaman Dato' Pengarah aku tak jadi Dato' lagi sampai la dia pencen, kerje balik, pencen pulak lagi (apa la Pengarah aku ni) baru lah kali ni RN dapat betul2 pegi ke HQ negeri....sesuai la tuh...

Sorang tu pulak, memang dia seronok la dapat ke KL...nama dia ni Kak Ida. Dari dulu lagi nak bertukar ke KL. Nah kali ni dapat dah, jangan tunggu lagi...pergi jer. Ucapan dari aku : Semoga mendapat cahayamata di tempat baru...he he he...

Dan sorang lagi yang dapat tukar, Kak Nor...yang ni lagi class. Duduk bawah kementerian Datuk Menteri tuh...lepas ni Kak Nor kena ubah penampilan la...dressing mesti vogue, macam mak datin...baru la mantap! He he he...

Sorang lagi tengah nunggu surat, Nizam....ntah2 dapat ke Sabah @ Sarawak...keh keh keh...

So, lepas ni tinggal lah aku ngan budak2 baru macam Azrin, Nurul, Napi Lurus (he he he)...siap la korang lepas ni aku buli...kah kah kah....!

1 comment:

diedee said...

Jangan suka BULI
Nanti kena BULI BALIK
Lebih BAIK PUNYA CILOK
Seblum kena SUMOLAH